kawan2 blogger ku (

Wednesday, October 12, 2016

Apam Susu

assalammualaikum....

Dah lama cerita pasal apam susu ni berlegar2 di FB...hakak pernah cuba buat sebelum ni, tapi tersalah teknik, tak menjadi pula...

Semalam, bosan2, saja la try buat..alhamdulillah...lembut, gebu wpun dah simpan hari ni hari ke2

Hakak tambah sedikit susu segar agar apam tidak terlalu kering. Resepi asal memang xguna ye susu segar. Terpulang ikut citarasa masing2 ye... dalam resepi, xde sapa yang salah atau betul.

========================================



Apam Susu

resepi asal: Sabrina Khan
olahan semula: Cida de'nuanza


bahan-bahan:



4 biji telur
1 cawan gula castor (3/4 cawan jika guna gula pasir tapi kisar halus)
1 sudu besar ovallete
1 sudu teh esen vanila

*kisar semua bahan di atas lebih kurang 5-7 mnt sampai putih berkrim.

*****************************************

4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar susu segar - yg ni saya tambah sendiri
4 sudu besar minyak jagung

* masukkan minyak dan kedua2 susu kedalam adunan. mixer sebati.

*****************************************

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder

*satukan tepung dan BP dan ayak. Masukkan ke dalam adunan, Kaup balik guna senduk kayu

Bahagikan kepada beberapa bahagian. Warnakan.
Masukkan ke dalam loyang saiz 7 secara berselang seli warna

Kukus dengan api sederhana selama 40 minit

No comments:

jejak

free counters