kawan2 blogger ku (

Friday, February 19, 2016

Lala goreng Pedas

Assalam...

Lama juga xmasak lalalulu ni... Dedulu kalo dpt, selalu rebus ngn halia n serai.. Ratah2 ja..

Kalo belah utara, kami panggil siput retak seribu. Mgkin berdasarkan corak pada kulitnya. Lala pula merujuk pd siput yg kecil2 skit.. Sedap juga direbus.

Kali ni, saya buat masa pedas..

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Lala masak pedas
Cida de'nuanza


Bahan2

Sekilo lala- dibersihkan
1 biji bwg besar
2 ulas bawang merah
3 ulas bwg putih
Sedikit belacan jika suka

(semua bawang dan belacan ditumbuk)

3-4 sudu besar cili kisar
Beberapa hiris halia
1 btg serai- diketuk
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun limau purut- dicarik2

Cara:

Panaskan minyak
Tumis bahan tumbuk + halia. Biar sampai naik bau. Masukkan cili kisar.
Bila cili agak garing, masukkan sos tomato dan sos tiram. Masukkan serai dan daun limau purut
Perasakan dengan gula dan garam
Jika mahukan masakan yg agak kering, x perlu masukkan air.
Masukkan lala dan gaul sebati. Biarkan masak lebih kurang 5 mnt.


No comments:

jejak

free counters