kawan2 blogger ku (

Friday, February 19, 2016

Kek Butter/ Kek Belang/ Kek Marble


assalam semua sahabat...

kek butter ni antara kek yg paling sy kerap buat...utk tempahan, agak jarang tp buat utk mkn sendiri. kadang2 kalo ada apa2 majlis kat opis pun, kek ni la sy sediakan..

resepi kek butter ni ada byk versi..tp dr segi bahannya, hampir sama ja...

saya pula guna resepi yg mak saya guna sejak berpuluh tahun dulu...

cuma masa tu, kek ni mak guna planta

nak juga sy buat langkah demi langkah bg menghasilkan kek ini, tp xsemudah tu..sambil buat kek, sambil ada budak kecik dok bergayut kat kaki seluar..hahaha

sekali lg, saya kongsikan resepi kek butter yg sering saya gunakan...


--------------------------------------------------------------------------------------

bahan2:

250 buttercup (suka hati la kalo nak guna jenama lain)
2 sudu besar (bumbun) planta
6 biji telor gred b (kalau guna gred A, 5 biji dh cukup)
250 gram tepung gandum
2 sudu teh (rata) baking powder
150 gram gula castor (gula halus, bukan gula icing)
3 sudu besar krimer pekat manis
1 sudu teh (rata) serbuk vanila- boleh gantikan dengan esen vanila, tp kalau guna serbuk, bau lebih kick!


(satukan tepung, baking powder dan serbuk vanila, kemudian ayak)

cara:


1. satukan buttercup, planta dan gula kastor
2. dengan menggunakan mixer, pukul highspeed sampai adunan kembang dan nampak kuning pucat
3. perlahankan mixer, masukkan telur sebiji demi sebiji. maksudnya, masuk telur sebiji, mix sebati, pastu masuk lg sebiji, mix lagi..sampai la semua telur habis.
4. jika guna esen vanila cair, boleh masukkan masa ni. kemudian masukkan bahan tepung sedikit2 sambil terus mix speed paling rendah sedikit2 sampai tepung habis. ingat, masa masuk tepung, mixer speed rendah je tau. sekadar nak sebatikan, bukan kita nak pukul tepung tu. bab pukul kembang cuma pada butter n gula. kemudian masukkan krimer, adun sebati. off mixer
5. masa ni dah boleh on oven suhu 180 darjah api bawah shj
6. sediakan loyang 7 atau 8 inci. sapu sedikit butter, kemudian ayak tepung nipis2.
7. adunan kek td bahagi 3. warnakan ikut kaler kesukaan
8. cedok warna pertama sebanyak 2 sudu besar, letakkan di tengah2 loyang. longgok je xperlu ratakan. kemudian warna ke2, tindan atas warna pertama, 2 sudu besar juga. warna ke3 pula tindan atas warna ketiga, 2 sudu. ulang langkah berikut sampai habis. ingat, xperlu ratakan, adunan akan bergerak sendiri perlahan2 ke tepi loyang. bila dh siap semua, hentak2 skit loyang, jangan kuat2, hentak2 manja ja. kalau nak lorek, guna lidi, lorek la mcm mana pun
9. bakar selama 1 jam pada suhu 170 api bawah..dan tambahan 7 mnt api atas shj. test la tgk kek masak lom, kalau lom masak, tambah waktu (api bawah)
________________________________________

*suhu oven dan tempoh membakar tak sama ye bg setiap oven. Suhu yg saya nyatakan adalah oven saya

* nape sy guna tambahan 2 sudu besar planta? nak bg sedap la kan..takkan hobi kot..hahaha..








adunan ni paling penting , kena pukul sampai kembang memutih. kaler kuning2 pucat gitu. nampak beza kan kaler asal buttercup dengan kaler slps pukul





telur ni xyah pukul lama2, masuk sebiji, pukul sebati, masuk sebiji, pukul lg, sampai habis

masa masuk tepung pun sama, sekadar sebatikan, bukan nak kena pukul bg kembang lg sekali. terlebih pukul yg buat kek jadi keras




longgok2..tindan2 je ye..xyah ratakan utk dpt efek belang2...kalau dh habis adunan, tp xtutup keseluruhan loyang, just goyang2 skit...skittt...jgn goyang sesungguh hati...

pastu hentak2 manja. cara nak hentak? pegang loyang, hentak la...tapi, hentak slow2...

kalau nk lorek, guna lidi, lorek la sukati

layangkan permukaan atas ja..xyah tekan sampai bawah




2 comments:

norhidana said...

walaupun simple mkn lak pns2 perkkkh sedap lg dr kek mahal lain

pencaro kek sedap said...

tgk pun dah sedap

jejak

free counters