kawan2 blogger ku (

Sunday, January 28, 2018

Catatan perjalanan di Muar

Assalammualaikum

Kami menerima jemputan perkahwinan di Batu Pahat. Tapi hubby suggest kami tdo Muar sehari sebelum majlis. Hakak layankan aja...ye la...nak berjalan sapa xsuka kan...hihihi


Perjalanan kami dari Putrajaya ditemani hujan disepanjang perjalanan. Alhamdulillah sampai di Muar dalam kul 3. Terus ke hotel yang hakak memang dah booked sebelum tu di Trivago. Kami menginap di Hotel Traders



Tak rugi rasanya menginap di hotel ni. Harga berbaloi. Bilik yang kami tempah deluxe queen. Cukup selesa untuk kami 3 beranak. Katil tu asalnya single bed...kami cantumkan. Jadi la besar mcm king....hihihi

  
Ni pemandangan dari tingkap bilik...
Cantik sangat kan....



Suasana dalam kafe. Hari yang kami pergi, ada nasi lemak, bihun goreng, cereal, bubur nasi, roti bakar n buah2. Ok la...xbanyak pilihan tapi semua menu tu ok bagi kami. Nak makan banyak mana la sangatkan...hihi


Di ruang kafe, Ada pintu yang menembusi balkoni. Pic di atas di snap dari balkoni kafe... Suka sangat susana macam ni....


Ni yang sempat hakak snap masa kami jalan2 di sekitar hotel ja. Jalan agak sesak, sebab kat sana jumaat hari minggu. So, kami jalan2 sekitarnya je la...ada uptown malam hari jumaat tu. Tak pasti la ada setiap hari  ke tak...


Dah penat berjalan, singgah isi perut. R amai betul org kat kedai ni... Hakak makan mee bandung. Sedap tp manis skit. Ye la...hakak kan tekak utara...hihi. Hubby layan sup kambing. Orang2 sini rata2 layan sup dengan roti. Tapi kami xpandai layan mcm tu. Hubby makan sup kambing dengan nasi lemak. Hahahha...opsss... Gambaq lupa snap

Esoknya, kami gerak ke Batu pahat, weddings day....maka tamatlah kisah kami di Muar. InsyaAllah ada rezeki kami datang lagi...mungkin menginap di hotel yang sama...bilik yang sama...trivago...haha....

Monday, January 23, 2017

Kerabu Kaki Ayam


Assalammualaikum...

Assalam

Kerabu kaki ayam ni menu biasa2 tapi mampu menghabiskan nasi seperiuk (pada yang menggemarinya)

Cuma hakak ada skip beberapa bahan sebab tak suka agak serabut2...fokus pada bahan utama sudah la.. Haha... Tapi apa2 kerabu ala Thai begini (boleh guna sotong, udang, perut) kekuatannya adalah pada rasa masam, masin, pedas dan sedikit manis yang tidak berlebihan. Selain itu, penggunaan sos ikan / sos sotong membantu memberi 'rasa' pada menu ini.

Ini versi hakak la Ye... Boleh ganti/ubah/tambah apa2 bahan sesuka hati anda ye... Tiada kesalahan tiada hukuman. Hakak tak guna serai, bunga kantan dan daun kesum. Anda boleh letak jika suka.


Bahan2:


1/2 kg kaki ayam direbus hingga lekang. Kemudian asingkan tulang
2 biji limau kasturi- ambil jusnya
4-5 titis sos ikan

Bahan hiris:


Sebiji bawang
Cili merah/ cili api
Tomato
Serai jika suka
Bunga kantan & daun kesum jika suka
Daun ketumbar (akak guna daun sup sehelai2 tak hiris)


Cara

Campurkan semua bahan. Gaul sebati. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Sesuaikan rasa mengikut citarasa memasing ye...






cadangan hidangan...hahahah






nyum2 kannn




Ayam Masak Merah



Assalammualaikum...


Ayam Masak Merah

1 ekor ayam- goreng

bahan tumis:

1 biji bwg besar-hiris bulat
2 ulas bwg putih-hiris
kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih

bahan kisar:
1 genggam cili kering- rebus dan toskan
2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
1 biji tomato masak
sedikit halia

Tambahan:

Sedikit santan pekat dalam 2-sudu besar
2 batang serai- diketuk

cara:

- goreng ayam dan ketepikan
- guna minyak yg sama, kurangkan skit jika perlu, tumis semua bahan tumis. Kacau hinga agak kekuningan dan bau wangi. kemudian masukkan bahan kisar dan sedikit gula. kecikkan api, masukkan serai ketuk dan biar hingga pecah minyak...
- kemudian masukkan santan , biar sedikit kering , masukkan garam
-masukkan ayam. sebatikan
- biarkan sebentar sblm angkat



Kari telur

Assalammualaikum...

kari telur

hakak malas nak taip resepi..sama ja macam buat kari ayam...cuma gantikan dengan telur rebus...


Monday, October 31, 2016

Penkek (pancake)



Assalamualaikum

Penkek ni antara feveret anak hakak. Secara tak langsung, ia jadi feveret hakak juga la.. Sebab senang sangat nak buat. Tambah2 bila kelam kabut pagi2 nak sediakan bekal.

Mungkin anda juga boleh buat untuk sarapan





Penkek

Olahan semula : dari dapur nuanza


2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur saiz A
1 1/2 cawan susu segar/uht
5 sudu besar gula
4 sudu besar minyak masak

Cara:

Campurkan semua bahan dalam Blender. (masukkan tepung paling akhir dalam blender bg elakkan tepung melekat pada bahagian pisau pengisar) kisar semua bahan hingga sebati

Guna pan tak melekat
Oleskan sedikit minyak guna tisu dapur pada sesi pertama sahaja. Penkek seterusnya xperlu oles minyak dah.

Masukkan 1 senduk adunan dalam pan yang telah panas. Biarkan nampak bintik2 lubang. Kalihkan dan biar bahagian bawah masak.

Guna api kecil sahaja

Boleh hidangkan bersama mentega / Nutella /madu/ jem/ mentega kacang


berbeza kan gambar yang diambil di luar rumah dan di dalam rumah...pic atas ambil kat balkoni
yg bawah ni ambil dr dalam rumah...

penataan cahaya sangat penting semasa mengambil gambar
hakak lebih sukakan cahaya matahari..cuma, hakak masak pun biasanya dah malam..
redha je la ambil gambar dalam rumah dengan cahaya kalimantang...huhu

Muffin Vanila

assalammualaikum...




kalau nak cuba buat muffin yang mudah dan sedap, boleh la cuba resepi ni ye...
senang sangat..anak hakak pun reti buat..hahahha...\



Muffin vanila

Bahan A
--------------
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar Baking powder
Segenggam coklat chip (sukahati)
(campur semua letak tepi)


Bahan B:
--------------
1 biji telur gred A
1 Cawan Susu segar/uht
1/2 Cawan Minyak jagung/masak
1 penutup botol creamy esen vanila (lebih pekat dan wangi)
campur bahan B sampai sebati. Kemudian campurkan dalam bahan A

Guna senduk, kaup balik agak2 sebati. Jangan gelojoh sangat. Dalam 5 kali kaup 5 kali balik, dah leh sebati. Kalau terlebih kaup, Muffin akan keras.
Isikan 3/4 cup

Tabur chop chip/badam/apa2 je
Bakar selama 20-25 mnt

Ni kena ikut Oven memasing la ye
Oven hakak kena guna api bawah ja...
Suhu Oven akak 200 darjah. Lepas nampak dah masak, akak tukar setting api atas sahaja dalam 4-5 mnt nak garingkan permukaan atas


patutnya campu bahan a...pastu campur bahan b..lepas tu satukan...
tapi hakak malas, hakak campur terus semuanya dalam 1 bekas. 
pastu sebatikan guna sudip kayu
past nak sebatikan tu penting ye, jangan terlebih gaul
ia menentukan muffin uolss gebu atau padat..
kaup balik dalam 10 kali gitu je...



tengoklah, anak teruna akak yg umo 2 thn stgh ni pun dh pandai buat muffin...
kemas dan cermat je nengok dia cedok adunan n tabur coklat
tapi, last2 choc chip tu asyik masuk mulut dia je...haha


pastu punya la dia xsabar..melalak nangis time muffin masuk oven..
kena lak pujuk2 bawa g mandi dulu



menikmati muffin buatan sendiri (ala...mama yang buat, dia tukang cedok je..hahahah)




Thursday, October 13, 2016

menu malas hakak

assalammualaikum

apa menu penyelamat uolss bila dilanda angin kemalasan?
hihihihi...



bagi hakak, cam ni dh sedap sgt dah ni...
balik petang2 memang selalu kelam kabut...
nak layan anak time tu, nak masak pun time tu
xmasuk lg nak tgk akasia tv3..haha

biasanya hakak suka buat sambal belacan banyak2...simpan peti
sebab hakak malas nak menumbuk
jadi, nak blend kena banyak skit la jumlahnya
kalo tak, blender pun xmenjadi juga

tips nak blend tp nak  bg nampak cantik je,
cili besar dan cili api hiris halus2
perah siap2 air asam jawa masuk blender 
masuk siap2 belacan, garam dan aji kalau suka
try blend sambil goyang2 skit
blender tu ye goyang bukan awak...

kalau xmo gerak gak, masuk air masak sikit2...
pastu, simpan dalam peti...sambal akan makin pekat nanti...

kalo korang rajin nak tumbuk, baguslahhhhh...haha


jejak

free counters